Friday, 2 January 2015

memori

assalamualaikum tahun yang baru !
permulaan yang baru setelah sekian lama menyepi.
apa khabar blog?

apa ada dengan tahun baru?
macam macam ada.

seperti biasa semua orang dengan azam tahun baru mereka.
aku ?
tak pernah ada azam.
kenapa ?
sebab aku yakin yang aku tak akan buat pun apa yang aku azam kan. 
sebab ?
sebab aku malas dan aku lebih selesa jalani hidup aku dengan apa adanyaa. aku tak suka suasana yang menyerabutkan otak aku yang menyebabkan aku kena buat sesuatu benda tu sebab terpaksa.
sebab ?
sebab ini hidup aku, dan aku boleh buat apa yang aku suka.

some people will judge you.they didn't even know you, but still people will judge.

mereka yang suka bercerita mengenai kehidupan orang lain.
biarkan mereka.
biarkan sehingga mereka sendiri bosan bercerita mengenai kehidupan orang lain.


dah hampir tiga tahun aku menjadi penduduk tetap dekat  bumi arauland, perthlis ni.
tiga tahun yang membuatkan aku kenal erti kehidupan.
tiga tahun yang mengajar aku kenal orang sekeliling aku.
tiga tahun yang membuatkan aku kenal diri aku sendiri.
tiga tahun yang membuatkan aku jumpa ramai orang dengan pelbagai karenah.
tiga tahun yang membuatkan aku kenal siapa kawan siapa lawan.

siapa yang akan ada untuk kau dan siapa yang tidak.
siapa yang akan tolong kau dan siapa yang akan tidak mempedulikan kau.
siapa yang akan bergelak ketawa dan menangis bersama kau.
siapa yang akan ada untuk mendengar luahan hati kau.
siapa yang akan ada untuk kau berkongsi kasih sayang yang mungkin akan kekal selamanya.

semuanyaa.
semuanyaa selama hampir tiga tahun.

yes, you can lose somebody overnight, yes, your whole life can be turned upside down. life is short. it can come and go like a feather in the wind- shania twain

adat kehidupan, ada suka ada duka.
semua yang duka adalah pengajaran untuk hidup, dan semuanya suka adalah sesuatu kelebihan bagi kehidupan seseorang.

tak selamanya kita akan suka, dan tak selamanya juga kita akan duka.



time will pass and seasons will come and go.

untuk 2014.

selamat tinggal.
terima kasih untuk semua memori. 
sama ada suka dan duka.

untuk 2015.
selamat datang.
dan bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang untuk aku menjalani kehidupan yang mendatang.
bersama keluarga serta mereka yang sentiasa ada bersama aku.


dan untuk mereka yang hadir dalam hidup aku selama tiga tahun aku di bumi arauland.

terima kasih kerana hadir dalam hidup aku.
terima kasih untuk masa yang diluang bersama.
terima kasih untuk gelak ketawa.
terima kasih untuk air mata.
terima kasih untuk kasih sayang.
terima kasih untuk semua memori yang dicipta.

dannnnnnn
terima kasih kerana benarkan aku hadir di dalam kehidupan kamu semua serta terima aku apa adanyaaa.

dan semoga mereka yang hadir dalam hidup aku selama tiga tahun di bumi arauland ini akan kekal dalam hidup aku.


the greatest gift of life is friendship, and I have received it.




hidup ini tak mudah, banyak dugaan kita kena tempuh untuk bahagia di kemuadian hari.

dan semoga aku, kau, dia, mereka serta kita semua tabah menjalani hari yang mendatang.
dan semoga kita sentiasa bersyukur di atas segala apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita semua.
semoga kita semua tabah.
aminnn.



hayati nordin



No comments:

Post a Comment